Translate

28 September 2020

"Saya Hormati Keputusan UMNO Sabah," Zahid Hamidi Komen Pelantikan Hajiji Sebagai Ketua Menteri



"Saya hormati keputusan UMNO Sabah," Zahid Hamidi komen pelantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri
Astro Awani
28 September 2020


KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengambil maklum konsensus yang telah dicapai dalam rundingan dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bahawa Datuk Seri Hajiji Mohd Noor adalah calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa keputusan itu dicapai demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan.

“Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama.

“Semoga kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah, sebagai mana termaktub dalam aku janji GRS,” katanya lagi.

Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO sebelum ini berkata, beliau cenderung melihat jawatan itu diserahkan kepada UMNO susulan parti itu mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbesar dalam GRS.

Dalam satu sidang media awal hari ini, Hajiji dan Bung Moktar memaklumkan, keputusan telah dicapai untuk mencalonkan ADUN Sulaman itu sebagai Ketua Menteri seterusnya.

Selain Bung Moktar, hadir sama pada sidang media itu ialah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan; dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim serta barisan wakil rakyat GRS.

Menurut Jabatan Penerangan Sabah, Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah dijadual berlangsung di Istana Negeri jam 10.30 pagi, esok.

Source: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Quezon city viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 1 min ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Menteri kesal, tuan r' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 6 hrs 55 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 7 hrs 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 7 hrs 44 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 7 hrs 56 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 8 hrs 46 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 9 hrs 31 mins ago