Translate

27 September 2020

Siapa Ketua Menteri Sabah Akan Diputuskan Tun Juhar Dalam Tempoh Terdekat - Bung Moktar (3 Videos)






TYT Minta Tempoh - Bung Mokhtar


Siapa Ketua Menteri Sabah Akan Diputuskan Tun Juhar Dalam Tempoh Terdekat - Bung Moktar

Astro Awani
27 September 2020


KOTA KINABALU: Keputusan siapa calon Ketua Menteri Sabah yang baharu akan dibuat Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dalam waktu terdekat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Tun Juhar meminta tempoh untuk membuat keputusan itu.

“Dia minta tempoh... (keputusan) dapat waktu terdekat,” katanya ringkas kepada media selepas menghadap Tun Juhar petang ini.

Selain beliau, tiga lagi pemimpin masing-masing Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim; dan Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan turut menghadap Tun Juhar.

Sementara itu, Jahid menjelaskan pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Tun Juhar untuk membuat keputusan.

Jahim menjelaskan segala proses perbincangan berjalan lancar.

“Kita serahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin tentukan,” katanya.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam.

GRS mendapat 38 kerusi, kelebihan satu kerusi daripada majoriti mudah 37 kerusi di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 73 kerusi sekarang.


Source: Astro Awani



TYT Minta Tempoh, Secepat Mungkin.- Bung Moktar



PN, BN, sekutu ada 41 kerusi, mahu angkat sumpah KM hari ini - Sumber

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 4 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 4 mins ago
A visitor from New york viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 8 mins ago
A visitor from New york viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 10 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 23 mins ago
A visitor from Alabama viewed '1MDB CEO in 2009 Shahrol Azral, went ahead with Is' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 31 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 49 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Sultan Nazrin berangkat ke majlis hari raya pering' 51 mins ago
A visitor from Louisiana viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 9 mins ago