Translate

30 September 2020

Staf Fahmi Fadzil Positif COVID-19, Pusat Khidmat Lembah Pantai Ditutup Sementara



Staf Fahmi Fadzil positif COVID-19, pusat khidmat Lembah Pantai ditutup sementara
Astro Awani
30 September 2020


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memaklumkan menutup sementara pusat perkhidmatannya sebagai langkah berjaga-jaga setelah salah seorang kakitangannya positif COVID-19.

Dalam catatan di akaun Twitternya, Fahmi berkata, kakitangannya itu baru pulang dari Sabah pada 25 September lalu dan kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk pengasingan dan rawatan.

Katanya, disebabkan prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, Fahmi dan semua kakitangannya telah menjalani saringan COVID-19 kerana mempunyai kontak rapat.

Buat sementara waktu, Pengarah Komunikasi PKR itu dan kakitangannya yang lain perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Bermula 27 september lalu, KKM mewajibkan mereka yang pulang dari Sabah untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari, dan melakukan ujian saringan COVID-19 pada hari ke 13.

Source: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 7 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Ch' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 29 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 34 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 55 mins ago