Translate

28 September 2020

COVID-19: Kontak Rapat Calon BN, Hishammuddin Diarah Kuarantin Di Rumah

                                         

COVID-19: Kontak rapat calon BN, Hishammuddin diarah kuarantin di rumah
Astro Awani
28 September 2020


KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diarah menjalani kuarantin di rumah oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setelah menjadi kontak rapat kepada calon Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tempoh hari.

Menerusi muat naik status di laman sosial beliau, Hishammuddin berkata beliau telah ke Pitas bagi membantu kempen Sufian Abdul Karim yang telah disahkan positif COVID-19 sebelum ini.

"Hari ini saya telah diarah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar jalani kuarantin diri di rumah biarpun saringan awal yang dibuat ke atas saya sebaik tiba dari Sabah tempoh hari negatif," katanya.

Hishammuddin turut mengharapkan semua jentera BN yang pulang dari Sabah untuk mematuhi arahan kuarantin.

"Kepada semua yang baru pulang dari Sabah khususnya jentera BN, nasihat saya - pastikan jalani saringan COVID-19 dan segera lapor sekiranya terdapat simptom.

"Seperti saya maklum, saya sendiri akan kuarantin diri di rumah. Sama-sama kita bantu usaha KKM tangani penularan wabak ini.

Beliau pada masa sama turut berdoa semoga semua mereka yang telah disahkan positif sebelum ini segera sembuh dan kembali fokus dalam membela rakyat.


Source: Astro Awani



Source: Facebook Hishammuddin Hussein

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 4 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 4 mins ago
A visitor from New york viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 8 mins ago
A visitor from New york viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 10 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 23 mins ago
A visitor from Alabama viewed '1MDB CEO in 2009 Shahrol Azral, went ahead with Is' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 31 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 49 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Sultan Nazrin berangkat ke majlis hari raya pering' 51 mins ago
A visitor from Louisiana viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 9 mins ago