Translate

29 September 2020

Dera Anak Guna Pisau Panas, Ibu Tiri Dipenjara 24 Bulan


Dera anak guna pisau panas, ibu tiri dipenjara 24 bulan
Astro Awani
29 September 2020


KUANTAN: Seorang ibu tiri dipenjara dua puluh empat bulan kerana menganiaya dan mencederakan anak tirinya dengan menggunakan sebilah pisau berukuran lapan sentimeter yang dipanaskan, pada 20 September lalu.


Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairunnisa Abdullah, 24 tahun, selepas merekodkan pengakuan bersalah daripada tertuduh.

Khairunnisa juga dikenakan bon berkelakuan baik dengan pengawasan selama tiga tahun dan perlu melakukan khidmat masyarakat selama 120 jam serta melaporkan diri di Balai Polis Cenderawasih, Rompin pada setiap bulan.

Hukuman tambahan ini dikenakan terhadapnya selepas selesai menjalani hukuman penjara selama 24 bulan.

Khairunnisa yang merupakan pekerja ladang mengaku menganiaya anak tirinya berusia sembilan tahun dengan cara meletakkan pisau yang telah dipanaskan diatas lengan kanan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Perumahan Ladang Suburban Chenderawasih, Muadzam Shah, Rompin,jam 3 petang, pada 20 September lalu.

Dia mengaku bersalah mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak sampai RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, Peguam Mohd Faizal Hiqram Azmi yang mewakili tertuduh meminta hukuman pemenjaraan diminamakan dengan mengenakan syarat tambahan terhadap anak guamnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat berkata, tertuduh sepatutnya melindungi kanak-kanak tersebut, bukan dengan cara menganiaya dan mencederakannya.


Source: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 49 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 6 mins ago