Translate

25 July 2020

Parti baharu, sertai parti lain: Tunggu keputusan mahkamah - Dr Mahathir



25/07/2020 09:35 PM



LANGKAWI, 25 Julai -- Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak kepada pasukan beliau berhubung isu pembatalan keahlian mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau bersama pasukannya juga akan membuat penilaian lain seperti menyertai parti sedia ada namun semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah nanti.

“Kalau kita nak bertanding pada Pilihan Raya Umum perlu ada parti, jadi kita tunggu keputusan mahkamah, sama ada buat parti atau tidak. Kita juga kaji untuk serta parti lain, tapi semua belum diputuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri program santai Ahli Parlimen Langkawi bersama rakyat di Pejabat Pusat khidmat Ahli Parlimen Langkawi, di sini hari ini.

Pada 9 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 Ogos ini bagi memutuskan permohonan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga lagi untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Dr Mahathir dan empat yang lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam Bersatu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 1 hr 41 mins ago
A visitor from George town viewed 'UNDERWORLD GANG WAR LIKELY BEHIND MALAYSIA'S SPATE' 3 hrs 47 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 5 hrs 25 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 5 hrs 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 5 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 6 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 7 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 7 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 7 hrs 49 mins ago