Translate

15 July 2020

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup Methamphetamine bernilai lebih RM700,000




15/07/2020 07:24 PM



LANGKAWI, 15 Julai -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis berjaya merampas dadah jenis Methamphetamine bernilai RM769,050 selepas mengejar sebuah bot, semasa melakukan rondaan Op Benteng Laut di kawasan perairan barat daya Pulau Singa Besar, di sini, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata dalam kejadian 3.15 pagi itu, anggotanya menggagalkan cubaan sekumpulan individu untuk menyeludup dadah seberat lima kilogram itu menerusi perairan Langkawi.

Beliau berkata bot yang dinaiki sekumpulan individu itu memecut laju melarikan diri setelah menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia, dan semasa dikejar, seorang suspek bertindak mencampakkan satu objek ke laut sebelum melarikan diri ke arah sempadan negara.

"Memandangkan keadaan cuaca ketika itu tidak begitu baik, suspek telah meloloskan diri. Bot peronda kemudian mengesan kotak berwarna coklat yang dibuang ke laut sebelumnya, dan mendapati ia mengandungi kira-kira lima kilogram dadah jenis syabu, dengan nilai dianggarkan RM769,000," katanya pada sidang media di di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedan dan Perlis, Bukit Malut di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zawawi berkata hasil rampasan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Kedah dan Perlis Bukit Malut untuk tindakan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 42 mins ago
A visitor from Bandar puncak alam viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 52 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 5 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 6 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 7 hrs 1 min ago