Translate

15 July 2020

11 pekerja kilang ditahan miliki kad pengenalan palsu




15/07/2020 07:30 PM



PUTRAJAYA, 15 Julai -- Seramai 11 pekerja kilang warga asing ditahan kerana memiliki kad pengenalan palsu dalam operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah kilang di Jalan Bukit Kemuning, Batu 6, Shah Alam, hari ini.

Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN itu dijalankan susulan aduan awam yang diterima mengenai terdapat pekerja di kilang tersebut menggunakan kad pengenalan palsu, menurut kenyataan JPN.

"Objektif operasi ini bertujuan mencegah dan membanteras pemalsuan dan penyalahgunaan kad pengenalan diri," menurut JPN berhubung operasi yang disertai 20 anggota penguatkuasa JPN itu.

JPN turut mengingatkan pihak pengurusan kilang supaya memastikan mereka yang diambil bekerja mestilah mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"JPN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didapati terbabit dalam kegiatan sebegini," kata JPN sambil memaklumkan operasi penguatkuasaan akan sentiasa dilaksanakan di seluruh negara bagi membanteras penyalahgunaan dokumen kad pengenalan.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Louisiana viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Pahang zahir rasa gembira empat daerah ters' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai,' 21 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Peter Anthony fail semakan kepu' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anita Azrina ganti Hans Isaac | BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar nasihat semua pihak jan' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 1 hr 7 mins ago