Translate

14 July 2020

Bakal pengantin didakwa rogol adik kandung sejak mangsa berusia 11 tahun (Video)

Astro Awani
Shuhada Abdul Kadir


Tertuduh, yang berusia 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Norma Ismail. - Foto Astro AWANI


MELAKA: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas tuduhan merogol adik bongsunya sendiri sejak berusia 11 tahun.

Tertuduh, yang berusia 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Norma Ismail.

Mengikut empat pertuduhan di bawah seksyen 376b Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adik perempuannya yang kini berusia 17 tahun yang mana perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan.

Kesalahan itu dilakukan di rumah keluarganya di sebuah PPRT di Jasin dalam empat kejadian berasingan iaitu pada Jun 2014, Mac 2018, Mei 2019 dan April 2020 lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh 10 hingga 30 tahun dan juga sebatan.

Tertuduh yang juga bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu ini, turut berdepan satu pertuduhan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap mangsa sama dengan menyentuh payudara bagi niat mencabul kehormatan adiknya yang kini masih menuntut di Tingkatan Lima itu.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Mazuin Hashim tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan mengambil kira hubungan antara tertuduh dan mangsa adalah adik-beradik.

Tertuduh yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu bagaimanapun merayu untuk dilepaskan dengan jaminan selain ibu kandungnya yang turut berada di ruangan mahkamah merayu agar anak lelakinya itu dilepaskan dengan jaminan memandangkan dia bakal melangsungkan pernikahan pada hujung minggu ini.

Norma pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan, tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa selain menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED