Translate

06 April 2020

#PKP LELAKI IRAN TENGKING, TOLAK BAHU POLIS, AKHIRNYA DITAHAN




#COVID-19

[ARTIKEL PILIHAN] PKP: LELAKI IRAN TENGKING, TOLAK BAHU POLIS, AKHIRNYA DITAHAN KERANA BERTINDAK AGRESIF

Petaling Jaya, 6 Mac 2020 - Seorang lelaki warga Iran ditahan ketika sekatan jalan raya di Tol PJS 2, Petaling Jaya, Selangor, di sini semalam apabila bertindak agresif dan menengking pegawai polis yang menjalankan Op Covid-19.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang kerana gagal memberi alasan munasabah mengenai pergerakannya.

"Lelaki itu juga telah bertindak agresif dengan menolak bahu dan menengking salah seorang pegawai polis serta mengajak bergaduh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, polis turut menahan sembilan individu termasuk enam warga asing berusia 22 hingga 51 tahun ketika dan rondaan di sekitar Petaling Jaya semalam kerana gagal memberi alasan munasabah mengenai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, dua lelaki warga Indonesia turut ditahan kira-kira jam 1.30 petang, hari ini di Kilometer 0.3 Lebuhraya Sprint Damansara menghala ke Tol Kayu Ara Damansara.

Tuan Nik Ezanee berkata, kesemua 12 individu yang ditahan disiasat di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP yang telah memasuki fasa kedua. Kegagalan mematuhi arahan ini membolehkan mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah," katanya.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED