Translate

02 March 2020

Polis Serbu Spa Pelacuran di tingkat 10 sebuah bangunan di Jalan Sultan Ismai





MKL Crimedesk


Seramai 28 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelacur ditahan dalam serbuan di sebuah spa di tingkat 10 sebuah bangunan di Jalan Sultan Ismail, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 8.20 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota yang diketuai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur Deputi Superintendan Ana Mohamed membuat serbuan di lokasi terbabit selepas menerima aduan orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, hasil serbuan itu, pihaknya menahan lima wanita warga Vietnam, (10) Indonesia, (10) Thailand, (2) China dan (1) Mongolia berusia antara 24 hingga 34 tahun yang dipercayai bekerja sebagai pelacur di spa berkenaan.

Kami turut menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki penjaga serta masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita tempatan yang dipercayai bekerja di premis terbabit. pekerja.

Malah, kami merampas sebanyak 87 kondom, empat gel pelincir badan, jadual bertugas dan wang tunai berjumlah RM1,300 dalam serbuan itu,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, pihaknya turut melakukan pemeriksaan terhadap 23 pelanggan yang berada di dalam premis berkenaan.

Berdasarkan maklumat diperolehi, kegiatan itu dipercayai aktif sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan perniagaan spa untuk mengaburi pihak berkuasa.

Difahamkan pelanggan yang datang boleh mendapatkan khidmat pelacur di premis ini dengan bayaran antara RM150 hingga RM300 bergantung kepada masa dan ‘perkhidmatan’ dilanggan,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan wanita warga asing yang ditahan masuk ke negara ini sebagai pelancong menggunakan pas lawatan sosial kecuali masing-masing seorang dari China dan Mongolia yang tidak memiliki sebarang dokumen.

Semua individu yang ditahan akan direman bermula hari ini dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) dan Seksyen 6(1)(c) akta sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kegiatan seumpama ini atau jenayah lain diminta menghubungi Bilik erakan Khas 24 Jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 0321460670 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 0321159999.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED