Translate

26 February 2020

Seorang lelaki Perancis dikhuatiri maut selepas terjatuh ke dalam gaung ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Tabur.


Warga Perancis dikhuatiri maut jatuh gaung Bukit Tabur

Afiezy Azaman, Astro Awani | Februari 26, 2020 20:55 MYT


Seorang lelaki warga Perancis dikhuatiri maut selepas terjatuh ke dalam gaung ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Tabur. - Foto JBPM Wangsa Maju

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Perancis dikhuatiri maut selepas terjatuh ke dalam gaung ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Tabur, Selangor.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis kejadian berlaku pada 3.58 petang, pada Rabu.

"Mangsa berumur 26 tahun, mendaki bersama seorang kawan perempuannya sebelum kejadian berlaku.

"Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, Wangsa Maju, dan Pasukan Storm dalam proses membawa turun mangsa yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 6.45 petang," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.



Menurut JBPM Selangor, kejadian berlaku pada 3.58 petang, Rabu. - Foto JBPM

Mangsa dikenali sebagai Martin Simon Nathan manakala rakannya dikenali sebagai Kelly Lynn Drai dari Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut, Norazam berkata pihaknya menghadapi cabaran membawa turun mangsa disebabkan laluan curam 45 peratus dan keadaan bertambah gelap.

"Pemeriksa awal juga mendapati mangsa tidak mempunyai nadi denyutan namum belum disahkan pegawai perubatan.

"Anggota bomba dijangka membawa turun mangsa sekitar pukul 3 pagi nanti," jelas beliau.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Melaka dipilih jadi tuan rumah Majlis Pelancaran T' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SATU MALAYSIA KENA SOUND USTAZ AZHAR IDRUS BERJOGE' 51 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Kanak-kanak lelaki hanyut dalam longkang diselamat' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar receives a visit from Indian music legend' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'SATU MALAYSIA KENA SOUND USTAZ AZHAR IDRUS BERJOGE' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 33 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 4 hrs 44 mins ago