Translate

24 February 2020

Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun menang ketua Wanita PPBM Sepang


Rina Harun menang ketua Wanita PPBM Sepang
FMT Reporters
-February 24, 2020 2:57 PM


Ketua Wanita PPBM dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun.

PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun memenangi pertandingan 3 penjuru bagi merebut jawatan ketua Wanita PPBM bahagian Sepang dalam pemilihan parti itu semalam.

“Ini bukan kemenangan biasa. Ini adalah tanggungjawab berat yang saya perlu pikul. Ia akan menjadi ringan jika kita jayakan semua proses, kerja dan pembangunan bersama-sama,” katanya di Facebook hari ini.

Pertandingan jawatan ketua Wanita bahagian Sepang dilihat sengit apabila ia melibatkan pertandingan 3 penjuru antara Rina dengan penyandang jawatan Hafiza Jusoh dan Nur Hafiza Muhammad Nor.

Perebutan jawatan di peringkat bahagian itu menjadi tumpuan apabila Rina yang juga ketua Wanita PPBM pusat memutuskan bertanding di Sepang walaupun menang di kerusi Parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya umum lalu.





Rina sebelum ini berkata, keputusannya bertanding di Sepang kerana asal dan keluarganya ramai di sana.

Beliau yang tidak mengetuai mana-mana bahagian PPBM dilantik sebagai ketua Wanita parti itu pada 2017 dan kemudiannya dilantik sebagai anggota Kabinet pada 2018.

Jumlah anggota sayap Wanita PPBM Sepang setakat 20 Jan 2020 ialah seramai 506 orang.

Pemilihan PPBM peringkat cawangan bermula 15 Feb hingga 28 Mac ini, bahagian mulai 18 April dan Perhimpunan Agung pada 25 hingga 28 Jun akan datang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED