Translate

23 February 2020

Polis sedang memburu seorang lagi suspek terbabit rompakan kedai emas Tomei di AEON Bukit Tinggi, Klang




Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my


HARIAN METRO


POLIS Selangor sedang memburu seorang lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam rompakan sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Bukit Tinggi, Klang, pada 10 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, setakat kini empat suspek berumur 22 dan 23 tahun sudah diberkas termasuk seorang ditangkap orang awam di tempat kejadian.


“Sehingga kini empat tangkapan dibuat ke atas saspek termasuk seorang ditangkap orang awam di tempat kejadian dan tiga lagi oleh JSJ Selangor sehingga petang tadi.


“Sehubungan itu, polis mengesan seorang lagi suspek dalam kes ini iaitu S Steven Egburd, 25, beralamat di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.

“Orang awam boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Chia Chee Sheng di talian 019-3306497,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malam tadi, portal berita Hazrian Metro melaporkan, pengunjung pusat beli-belah di Bukit Tinggi, Klang dikejutkan dengan kejadian rompakan kedai emas pada 10 malam tadi.

Beberapa video tular di media sosial termasuk satu video dipercayai seorang suspek dalam keadaan cedera terbaring di dalam kedai emas terbabit.

Turut kelihatan sebuah video memaparkan pengawal keselamatan mengacukan pistol ke arah dua penjenayah yang melarikan barang kemas terbabit.

Berita berkaitan

'Perompak kedai emas cedera dibelasah [METROTV]'


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 8:53 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED