Translate

28 February 2020

Ketua Polis Negara Hamid Bador memberi jaminan bahawa keselamatan negara dalam keadaan terkawal


Jangan risau, keselamatan negara terkawal - Ketua Polis Negara

Hasimi Muhamad, Astro Awani | Februari 28, 2020 16:39 MYT

ASTRO AWANI


Abdul Hamid berkata demikian selepas selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada sesi majlis mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu, di sini. - Foto Astro AWANI




KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan negara dalam keadaan terkawal ketika kemelut politik masih belum menunjukkan tanda reda.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata rakyat tidak perlu khuatir dengan dakwaan segelintir pihak kononnya ada pihak luar yang mahu mencampuri urusan negara.

“Satu perkara lagi tentang spekulasi kehadiran Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (ke Istana Negara).

“Ini satu perbuatan tidak bertanggungjawab sedangkan kehadiran kami untuk (memberikan) taklimat terkini mengenai keselamatan negara,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada sesi majlis mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu, di sini.

Justeru, Abdul Bador memberi amaran kepada pihak tersebut agar tidak membuat kenyataan yang boleh mencetuskan provokasi dan menganggu gugat ketenteraman awam.

Terdahulu, Raja-Raja Melayu berangkat tiba di Istana Negara bagi menghadiri mesyuarat khas bersama Al-Sultan Abdullah.

Kesemua Raja-Raja Melayu selesai berangkat meninggalkan Istana Negara sekitar 4.04 petang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Miami viewed 'Presiden Indonesia Prabowo ke Kuala Lumpur, bertem' 1 min ago
A visitor from New york viewed 'Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengu' 1 min ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pandelela misses out on final at Diving World Cup ' 2 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengu' 2 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Presiden Indonesia Prabowo ke Kuala Lumpur, bertem' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 24 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 48 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana ' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar Ibrahim's Statement on the United States ' 55 mins ago