Translate

26 February 2020

Kem Azmin Ali Mengeluarkan Kenyataan Media mengulangi sokongan kepada Tun Dr. Mahathir

BEST FBKL: The ones who caused the problem in the first place can't say anything more than this! Rest Assured....You all will be remembered in GE15

Image result for azmin ali

KENYATAAN MEDIA

26 FEBRUARI 2020

Kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang kekal tenang memerhatikan perkembangan politik yang berlaku dalam negara.


Rakyat Malaysia menampilkan kematangannya dalam mengharungi arus perkembangannya. Meskipun anda mengikuti peristiwa ini dengan teliti dan ghairah melalui media konvensional dan media sosial, anda terus tekun menjalankan tanggungjawab – terus ke pejabat, ke kilang, ke ladang dan ke laut seperti biasa.

Kami amat terkesan dengan sikap berimbang dan saksama rakyat Malaysia. Kami merasai denyut nadi kehidupan anda. Aspirasi anda akan kami penuhi.

Setelah rakyat bangkit menumpaskan kleptokrasi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, mereka mahukan sebuah Kerajaan yang stabil, Kerajaan yang memberikan tumpuan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Memulihkan ekonomi, menjana pertumbuhan, mencipta pekerjaan, melaksana dasar-dasar agar kemakmuran negara dikongsi bersama tanpa mengira kaum dan wilayah – bukankah ini aspirasi rakyat?

Untuk memenuhi aspirasi ini ahli-ahli politik perlu bangkit meninggalkan politik kepartian yang sempit. Aspirasi rakyat perlu mengatasi kepentingan sempit kelompok.

Kami pendukung hasrat rekonsiliasi nasional di mana anggota Dewan Rakyat memberikan keutamaan kepada aspirasi rakyat dan agenda nasional. Rekonsiliasi ini akan mengendurkan perebutan kuasa di kalangan parti-parti politik dan memungkinkan penggemblengan tenaga untuk menjayakan matlamat bersama dan memupuk kebaikan yang lebih besar untuk negara (fostering greater good for the nation).

Rekonsiliasi nasional akan terlaksana di bawah pimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dukungan semua pihak yang mahukan Malaysia stabil dan terus maju menangani cabaran bangsa.

Kami mengulangi sokongan penuh terhadap YAB Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sepenggal penuh untuk melaksanakan rekonsiliasi nasional ini.

Dalam keadaan negara sekarang menghadapi tekanan penguncupan ekonomi dunia ke atas ekonomi domestik dan cabaran genting daripada situasi semasa wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), kita mesti bersatu dan memberi sokongan penuh kepada pimpinan YAB Perdana Menteri dengan mengenepikan politik sempit serta menjurus kepada perpaduan nasional yang berpaksikan aspirasi rakyat.


1. YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak

2. YB Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang

3. YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen Indera Mahkota

4. YB Baru Bian
Ahli Parlimen Selangau

5. YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

6. YB Dato’ Mansor Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal

7. YB Dato’ Rashid Hasnon
Ahli Parlimen Batu Pahat

8. YB Dato’ Seri Dr. Santhara Kumar
Ahli Parlimen Segamat

9. YB Ali Biju
Ahli Parlimen Saratok

10. YB Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo

11. YB Jonathan Yasin
Ahli Parlimen Ranau

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED