Translate

06 February 2020

Pelajar Sekolah Dirempuh Kereta




kerana tiada bonggol dan lampu isyarat... banyak kes kemalangan berlaku di lokasi sama. itu yang terjadi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan 5 parah selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan di simpang tiga acacia ke blok 6, bandar tasik puteri, rawang pagi tadi. kemalangan berlaku kira kira jam 7 pagi ketika laluan utama sibuk untuk bekerja dan waktu persekolahan. mangsa dipercayai dalam perjalanan ke sekolah yang terletak beberapa meter dari lokasi kejadian. orang awam yang melalui jalan terbabit sempat membantu mangsa. mangsa dibawa ke hospital sungai buloh. minggu lepas, seorang pelajar maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan di lokasi sama. rentetan itu.. penduduk menggesa agar pihak berwajib menyediakan lampu isyarat atau bonggol sebagai salah satu alternatif mengelak kemalangan berlaku. berikutan laluan berkenaan menjadi jalan utama ke sekolah dan ke lebuhraya. #MKLCRIMEDESK

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED