Translate

24 January 2020

Ketika ujian memandu, Tiada lagi pegawai JPJ sebelah calon


Tiada lagi pegawai JPJ sebelah calon ketika ujian memandu

Sinar Harian | Januari 23, 2020 12:55 MYT
ASTRO AWANI


Pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara, Jun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, melalui sistem tersebut, pengukuran prestasi calon ujian memandu akan dijalankan secara elektronik (automasi) dan keputusan ujian memandu akan dijana secara berkomputer.

"Apabila dilaksanakan sistem ini, tiada lagi pegawai JPJ di dalam kenderaan bersama calon," katanya.

Menurutnya, pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon.
"Ia bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekaligus meningkatkan integriti jabatan," katanya.

Beliau berkata, bagi pelaksanaan sistem itu, tiga institut memandu di Johor dipilih sebagai projek rintis.

"Kita akan perluaskan seluruh negara pada Jun ini," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JPJ di sini hari ini.

Sementara itu menyentuh mengenai isu cermin gelap kenderaan, Shaharuddin berkata, JPJ memutuskan untuk mengeluarkan saman terhadap pemandu saja berbanding sebelum ini pemilik turut dikenakan tindakan sama.

"Penguatkuasaan akan berterusan cuma pemandu sahaja dikenakan saman.

"JPJ akan mengeluarkan Notis 61(1) Akta JPJ untuk mengarahkan pemilik kenderaan berkenaan membuat pemeriksaan dalam tempoh 10 hari," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Antalya viewed 'Police have arrested another two suspects in conne' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN Umum Ustaz Mohamad Calon PRK Ayer Kuning | BEST' 50 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 3 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 4 hrs 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 5 hrs 5 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 5 hrs 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 5 hrs 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 6 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 6 hrs 34 mins ago