Translate

07 October 2019

SPRM akan mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti yang dipercayai menerima dana daripada 1MDB




SPRM keluar notis kompaun terhadap 80 individu, entiti



Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bh.com.my
Share Tweet






PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti yang dipercayai menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata notis itu dikeluarkan mengikut Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).



Beliau berkata, keseluruhan wang yang disyaki diterima semua individu dan entiti terbabit dianggarkan RM420 juta dengan masing-masing menerima antara RM100,000 hingga RM134 juta.



“Senarai individu dan entiti ini kita percaya daripada kes 1MDB, kita keluarkan kompaun notis kepada mereka untuk tujuan mereka membayar denda, iaitu mengikut jumlah wang diterima atau sehingga 2.5 kali daripada jumlah terbabit.



“Kita sudah membuka kertas siasatan terhadap semua 80 individu terbabit, kita harap bila terima notis, mereka akan mengambil serius dan bayar segera,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.



Difahamkan, notis terhadap semua pihak terbabit sudah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut, sebelum diserahkan kepada mereka.



Mengulas lanjut, Latheefa berkata semua individu dan entiti terbabit perlu menjelaskan kompaun dalam tempoh dua minggu selepas menerima notis, atau berdepan tindakan mahkamah.



“Duit itu milik rakyat Malaysia, jadi kita akan cuba dapatkan semula sebanyak mungkin daripada kesemua mereka demi kepentingan awam dan orang ramai.



“Apa yang dilakukan oleh SPRM ini mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini, tetapi kita laksanakan mengikut undang-undang,” katanya.



Beliau berkata, siasatan SPRM mendapati semua individu serta entiti termasuk syarikat dan parti politik terbabit menerima wang dipercayai daripada 1MDB yang disalurkan melalui cek.



“Ini berbeza dengan 41 individu yang menerima permohonan melucut hak daripada SPRM sebelum ini, iaitu wang di dalam akaun mereka dibekukan,” katanya.



Pada 19 Jun lalu, SPRM memfailkan permohonan melucut hak terhadap 41 responden bagi tujuan mendapatkan semula wang 1MDB yang disalah guna.



Permohonan mengikut Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 itu bagi mendapatkan semula wang lebih RM270 juta yang dipercayai dipindahkan dari satu akaun Ambank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



Mengikut Seksyen 92(1) AMLATFPUAA 2001, pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa berkaitan, boleh dengan keizinan Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah akta ini dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu, apa-apa amaun yang tidak melebihi 50 peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu.



Ia termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.



Seterusnya, apa-apa wang yang dibayar kepada pihak berkuasa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.





Senarai penerima untuk dikompaun mengikut Seksyen 92(1) AMLATFPUAA 2001





Syarikat



1. Solar Shine Sdn Bhd

2. Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd

3. Zeal Hi-Tech Solutions Sdn Bhd

4. Media Link Direct

5. Red Bag Industry Sdn Bho

6. Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd

7. Theora Niaga

8. Transformasi Kreatif

9. Cape Glory Sdn Bhd

10. Warisan Research PLT

11. Vital Spare Sdn Bhd

12. Qalif Umar Creative

13. Alpha Theora Sdn Bhd

14. Mashi Publications Sdn Bhd

15. Decision Advisors (M) Sdn Bhd

16. D’Khairan Sdn Bhd

17. Angeliva Corporation Sdn Bhd

18. Institut Terjemahan & Buku Malaysia Bhd

19. Fanisa Consultancy & Services

20. Airmarine (Malaysia) Sdn Bhd

21. Virtual Palace Sdn Bhd

22. Salt Media Consultancy Sdn Bhd

23. Cense Media Sdn Bhd





Individu



1. Mohamed Nazir Abdul Razak

2. Mustafa Osman

3. Datuk Hanafi Mamat

4. Soong Fui Kiun

5. Lim Soon Peng

6. Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh

7. Datuk Ahmad Maslan

8. Datuk Sulaiman Aris

9. Shahrir Abdul Samad





Parti Politik



1. Puteri UMNO Malaysia

2. Wanita UMNO Selangor

3. Puteri UMNO Selangor

4. UMNO Bahagian Sepang

5. UMNO Bahagian Tun Razak

6. UMNO Bahagian Batu

7. UMNO Bahagian Johor Bahru

8. UMNO Bahagian Labis

9. UMNO Bahagian Bakri

10. UMNO Bahagian Kuantan

11. UMNO Bahagian Indera Mahkota

12. Wanita UMNO Bahagian Pekan

13. Pemuda UMNO Pekan

14. UMNO Bahagian Jerantut

15. UMNO Bahagian Maran

16. UMNO Bahagian Lipis

17. Badan Perhubungan UMNO Perak

18. UMNO Bahagian Taiping

19. UMNO Bahagian Bagan Serai

20. Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang

21. UMNO Bahagian Batu Kawan

22. Badan Perhubungan Wanita UMNO Sabah

23. UMNO Bahagian Machang





Barisan Nasional (BN)



24. BN Selangor

25. Wanita BN Selangor

26. BN Bahagian Bandar Tun Razak

27. BN Parlimen Maran

28. Pusat Khidmat BN Parlimen Taiping





MIC



29. Ibu pejabat MIC

30. Malaysian India Congress

31. Puteri MIC

32. Indian Progressive Front Baling

33. Jawatankuasa Perhubungan MIC Kedah





MCA



34. Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor

35. Jawatankuasa Perhubungan MCA Kedah





Pusat Khidmat



36. Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor

37. Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai

38. Pusat Penyelaras Bahagian Teluk Intan

39. Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Terengganu





PRS



40. Parti Rakyat Sarawak





GERAKAN



41. Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Kedah





PPP



42. People’s Progressive Party Negeri Kedah

43. PPP Wilayah Persekutuan





Yayasan/organisasi/lain-lain



1. MASCOM Communications

2. Koperasi Belia 1Malaysia Wilayah Persekutuan Berhad

3. IPF Building Fund

4. Badan Rekreasi dan Komuniti Pengerang

5. Bahagian Penyelidikan PG


KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya ketika sidang media berhubung tindakan terkini kes 1MDB di Putrajaya, turut kelihatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Pengarah Pengubahan Wang Haram & Pelucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin (kanan). - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED