Translate

27 October 2019

Jenazah anak saya sudah ditemui - Fauziah Nawi | Jenazah Pitt Hanif sudah ditemui pasukan SAR



Jenazah Pitt Hanif sudah ditemui pasukan SAR
Saharudin Musthafa, Astro Awani | Diterbitkan pada Oktober 27, 2019 16:47 MYT

Jenazah Pitt Hanif sudah ditemui pasukan SAR

Jenazah Allahyarham Pitt Hanif yang lemas ditemui pasukan keselamatan pada Ahad. - Gambar Facebook FAUZIAH NAWI

LIPIS, PAHANG: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui jenazah, Pitt Hanif yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi sebentar tadi.

Berkongsi berita sedih itu, Fauziah berkata, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh adiknya yang berada di lokasi.

"Saya Hajjah Fauziah Haji Nawi ingin mengumumkan bahawa jenazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pit Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok," umum Fauziah secara langsung di Facebook peribadinya.

Dalam keadaan sebak, seniwati itu berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan Allahyarham Pitt sepanjang kehilangannya.

Pitt Hanif, 43, yang juga seorang pengarah filem lemas pada Sabtu ketika memancing di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari pada Sabtu.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'TAKTIK LICIK SEKELUARGA MENCURI DI PASAR MALAM | B' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Zelensky offers to meet Putin after Trump demands ' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pemandu Pusing Bulatan Dari Siang Hingga Malam Dis' 3 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 3 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 4 hrs ago
A visitor from Oslo viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 4 hrs 19 mins ago