Translate

09 June 2019

Polis melumpuhkan 1 sindiket penyeludupan migran Sri Lanka ke Eropah






Polis lumpuh sindiket seludup warga Sri Lanka ke Eropah, 11 ditahan
Bernama
-June 9, 2019 8:24 AM
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador.

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan 1 sindiket penyeludupan migran Sri Lanka ke Eropah, yang menjadikan Malaysia sebagai negara transit apabila menahan 11 individu dalam operasi di 3 lokasi di negara ini.

Mereka yang ditahan dalam operasi polis di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar, Perlis, sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur pada 27 Mei itu terdiri daripada 3 rakyat tempatan dan 8 warganegara Sri Lanka.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, sindiket yang mempunyai rangkaian hubungan antarabangsa merentasi Sri Lanka, Malaysia dan Eropah itu beroperasi sejak pertengahan tahun lepas.

Tangkapan dibuat ketika anggota sindiket sedang menguruskan penyeludupan 1 kanak-kanak lelaki Sri Lanka menggunakan dokumen perjalanan Malaysia melalui sempadan Padang Besar, Perlis ke Thailand dan seterusnya ke Eropah.
“Rakyat Malaysia yang ditahan itu terdiri daripada seorang fasilitator dan 2 pengiring dan mereka dipercayai terlibat dalam menguruskan penyeludupan keluar warga Sri Lanka menggunakan dokumen perjalanan Malaysia melalui sempadan Malaysia-Thailand,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket turut melindungi dan menyembunyikan migran Sri Lanka di sekitar Kuala Lumpur bagi tujuan penyeludupan keluar ke negara ke-3.

Ketiga-tiga rakyat Malaysia yang ditahan itu disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), manakala 8 rakyat Sri Lanka terbabit ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Usaha mengesan dan membanteras rangkaian sindiket penyeludupan migran akan terus dipertingkatkan oleh polis dalam memastikan aktiviti penyeludupan migran dapat dihapuskan,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED