Comelnya Baby Boy! Anzalna & Suami Umum Nama Anak... Diambil Sempena Nama Nabi
Hiburan
Berita gembira itu dikongsikan oleh Anzalna dan Hanif di laman Instagram masing-masing bersempena dengan majlis tahnik Mohamad Eidrees.
Anzalna memuat naik foto comel Mohamar Eidrees di sekitar majlis terbabit.
"Syukur Alhamdulillah selesai acara mentahnik anak pada hari ke-7 kelahirannya. Nama dipilih Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif.
"Eidulfitr dan Idrees, is a variant of the Arabic name Idris which is the name of a Quranic prophet," kata Anzalna pada entri Instagramnya.
Menurut Anzalna sehingga kini dia masih tidak percaya kerana sudah mempunyai anaknya sendiri.
"Allah itu perancang terbaik dalam hidup kita. Sebelum ni asyik main dengan anak orang ja," katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata rakan artis serta netizen memuji nama Mohamad Eidrees yang dipilih pasangan terbabit.
Antara yang kelihatan termasuklah Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Idris Khan.
Untuk makluman semua, Mohamad Eidrees dilahirkan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur pada Jumaat, 31 Mei 2019.
Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, 31, berkahwin dengan Hanif, 31, pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.