Translate

21 June 2018

Pemandu di dalam video viral yang berkata dia daripada KDN adalah ahli kehormat RELA sahaja








Anggota Rela digantung jawatan gaduh di lebuh raya

Bernama | June 21, 2018



Kementerian Dalam Negeri berkata, lelaki itu yang mendakwa dirinya dari kementerian berkenaan digantung jawatan dan disiasat atas kesalahan penyalahgunaan kuasa pada Mei 2017.

VIDEO INSIDE



KDN sudah menghantar klip video itu kepada polis untuk tindakan lanjut dan memohon pihak terlibat membuat laporan polis.

PUTRAJAYA: Lelaki yang mendakwa dirinya dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu klip video pertengkaran di sebuah lebuh raya adalah ahli kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang dilantik pada Februari 2015.


KDN dalam kenyataan hari ini berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki itu digantung jawatan dan disiasat atas kesalahan penyalahgunaan kuasa pada Mei 2017.

Sehubungan itu, KDN memohon pihak terlibat membuat laporan polis supaya polis boleh menyiasat lelaki itu.

KDN turut menghantar klip video itu kepada polis untuk tindakan lanjut.



Sehubungan itu, KDN mengingatkan warga kerjanya atau mana-mana individu tidak menyalahgunakan nama kementerian demi kepentingan diri.

Video insiden pertengkaran melibatkan lelaki itu tersebar di media sosial sejak semalam.

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED