Translate

26 June 2018

Blog yang didakwa memfitnah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali digantung pengendali WordPress.


BLOG ‘FITNAH’ AZMIN DIGANTUNG, MENTERI MAHU SAMAN PEMILIK

Malay | June 26, 2018 by | 0 Comments

MALAYSIAN CHRONICLE


KUALA LUMPUR – Blog yang didakwa memfitnah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digantung pengendali WordPress.

Blog “Toyol of Selangor” tertera mesej “dijadikan arkib atau digantung” kerana melanggar syarat perkhidmatan, lapor Sinar Harian.

Setiausaha politik kepada Azmin berkata blog tersebut memuatkan kempen memburuk-burukkan timbalan presiden PKR itu menjelang pemilihan parti pada Ogos ini.

“Ini bukan kali pertama dakwaan palsu dibuat terhadap Azmin. Kami menggesa orang ramai tidak terperdaya dengan dakwaan tanpa kredibiliti seperti itu,” kata Muhammad Hilman Idham.

Azmin juga menfailkan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti pemilik blog bagi mengambil tindakan undang-undang, lapor Utusan Online.

“Tindakan undang-undang ini bertujuan menghentikan penyebaran fitnah yang secara sengaja berniat jahat untuk menggugat kewibawaan dan integriti menteri hal ehwal ekonomi,” kata Mohd Hassanal Bolqiah Mohd Yusof, setiausaha akhbar Azmin.

Pemilik blog itu mendakwa bekas menteri besar Selangor itu mempunyai wang RM300 juta di beberapa bank luar negara.

– https://www.projekmm.com

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 8 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'NIKAH LUNA MAYA & MAXIME BOUTTIER | BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Blantyre viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rakyat Malaysia dinasihat agar tangguh perjalanan ' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 1 hr 1 min ago
A visitor from Cyberjaya viewed 'Kerajaan benar pertukaran majikan r' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lebih 1,270 PATI Ditahan | BEST FBKL' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Vinh long viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 1 hr 28 mins ago