Translate

30 June 2018

Hala tuju Umno akan ditentukan oleh 146,000 perwakilan parti itu hari ini dalam pemilihan yang dianggap paling penting dalam sejarahnya



146,000 perwakilan tentukan hala tuju Umno hari ini

FMT Reporters | June 30, 2018

Tengku Razaleigh merupakan individu terakhir bertanding merebut jawatan presiden Umno pada 1987 apabila beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad.




Tumpuan terarah kepada pemilihan presiden parti itu berikutan peletakan jawatan serta merta bekas perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada 12 Mei atas kekalahan paling buruk parti itu dan Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas. (Gambar Bernama)




PETALING JAYA: Hala tuju Umno akan ditentukan oleh 146,000 perwakilan parti itu hari ini dalam pemilihan yang dianggap paling penting dalam sejarahnya selepas kehilangan kuasa dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas.




Tumpuan terarah kepada pemilihan presiden parti itu berikutan peletakan jawatan serta merta bekas perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada 12 Mei yang mengambil tanggung jawab atas kekalahan paling buruk parti itu dan Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut.




5 calon menawarkan diri untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan kali ini yang merupakan kali pertama jawatan itu dipertandingkan selepas 31 tahun.




Daripada 5 orang tersebut, calon yang dilihat menjadi pilihan ialah veteran parti, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas timbalan perdana menteri dan pemangku presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.










Tengku Razaleigh merupakan individu terakhir bertanding merebut jawatan presiden Umno pada 1987 apabila beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau tewas tipis 43 undi.




Jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara bekas menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan ketua penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.




Bagi jawatan naib presiden pula, 7 calon berentap merebut 3 kerusi yang dipertandingkan dengan bekas menteri luar bandar dan pembangunan wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas menteri pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan bekas menteri kewangan kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilihat sebagai calon pilihan.




Turut bertanding ialah bekas menteri besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Sheikh Razali Sheikh Ahmad.




Sementara itu seramai 125 calon bertanding bagi merebut kerusi ahli Majlis Tertinggi parti itu.




Dalam pemilihan kali ini juga perwakilan akan memilih kepimpinan parti di peringkat Bahagian Umno di seluruh negara.




Dalam pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno minggu lepas, masing-masing Datuk Noraini Ahmad, Datuk Dr Asyraf Majdi Dusuki dan Datuk Zahida Zarik Khan berjaya memenangi jawatan ketua sayap parti itu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED