Translate

18 February 2018

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menghina dan menularkan gambar seorang anggota polis di laman sosial.


Image result for Rafiq Mohamed Mustafa

Lelaki Ditahan Disyaki Hina, Tularkan Gambar Anggota Polis

Details Published on Sunday, 18 February 2018 10:03

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan di Bandar Baru Selayang, Batu Caves di sini, hari ini kerana disyaki menghina dan menularkan gambar seorang anggota polis di laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira 2.10 pagi.

Beliau berkata lelaki itu didakwa merakam gambar semasa disaman dan menularkannya kerana ingin menjatuhkan imej polis selepas tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan terhadapnya.

"Polis merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan," kata Mohamed Rafiq dalam kenyataan malam ini.

Semasa rondaan di sekitar Taman Desa Bakti di sini, anggota polis berkenaan menahan lelaki itu kira-kira 6.30 petang kerana tidak memakai topi keledar sebelum mengeluarkan saman terhadapnya.

-BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 29 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 3 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 5 hrs 5 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 5 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 5 hrs 19 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 5 hrs 33 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 6 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 6 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 6 hrs 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 6 hrs 34 mins ago