Translate

15 February 2018

Pelakon filem Ali Setan yang popular tahun 1980-an iaitu Azmil Mustapha meninggal dunia

Pelakon ‘Ali Setan’ Azmil Mustapha Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 14 Februari 2018 2:28 PM
  (Ubah saiz teks)
DIKEMAS KINI
PETALING JAYA: Pelakon filem Ali Setan yang popular tahun 1980-an iaitu Azmil Mustapha meninggal dunia kira-kira pukul  12.40 tengah hari pada Rabu.
Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam dekat sini pada usia 65 tahun akibat sakit jantung.
Berita itu disahkan oleh adiknya Aziph Mustapha.


Antara babak lakonan Azmil Mustapha pada zaman popularnya.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam dekat sini untuk dikebumikan selepas waktu Asar.
"Kami memohon maaf bagi pihak Allahyarham atas segala kekhilafan, dan mohon doakan kesejahteraan Allahyarham. Mohon hubungi kami sekiranya ada sebarang kesulitan," katanya ringkas.
Pada November tahun lalu Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kesukaran bernafas
Selain Ali Setan, filem lain yang turut mengangkat nama beliau ialah Mekanik.
Allahyarham pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki lima orang anak hasil perkahwinan itu berusia antara 15 tahun dan 32 tahun.
Dia juga mempunyai tiga orang cucu berusia antara dua dan lima tahun.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/14/azmil-meninggal/#uuzKUuv1X7P1R5As.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 3 hrs 49 mins ago