Translate

28 February 2018

NGO Mendesak JAWI mengkaji tindakan yang wajar diambil terhadap personaliti dan juga usahawan, Neelofa yang melancarkan koleksi terbaru tudungnya di sebuah kelab malam.

Lancar Tudung di Kelab Malam: Jawi Perlu Kaji Tindakan Terhadap Neelofa

..
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu mengkaji tindakan yang wajar diambil terhadap personaliti dan juga usahawan, Neelofa yang melancarkan koleksi terbaru tudungnya di sebuah kelab malam.
Timbalan Setiausaha Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama), Ahmad Radzi Noor Mahadi berkata, pihak berkuasa agama perlu melihat perkara itu sebagai perkara yang jelas bercanggah dengan syarak.
"Melancarkan koleksi tudung dengan kelakuan jelas bercanggah syarak, dalam tempat yang sinonim dengan maksiat, ia menghina kemuliaan yang terkait kepada istilah hijab dan budaya bertudung.
"Hijab dan bertudung adalah sebahagian lambang ketakwaan seorang Islam, selari dengan perintah terkandung dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, pihaknya juga merujuk kepada video pelancaran koleksi itu, di mana terdapat wanita berpakaian mendedahkan aurat walaupun bertudung dan melakukan tarian yang jelas bercanggah hukum syarak.
"Hal ini hendaklah diambil perhatian. Istilah hijab dan bertudung adalah sebahagian istilah dan syiar ketakwaan kepada ALLAH SWT," katanya.
Sementara itu, Pertama juga mengingatkan semua umat Islam untuk menjaga kemuliaan budaya dan istilah yang terkait kepada ketakwaan kepada ALLAH SWT.
"Jika kita umat Islam tidak dengan secara sedar menjaga kemuliaan Islam dan memastikan dengan penguatkuasaan yang berkesan, siapa lagi yang dapat kita harapkan," katanya.
sumber: Sinar Online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 32 mins ago
A visitor from Kulai viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami maut kemalangan, tak sempat sambut ulang tah' 40 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 42 mins ago
A visitor from Oslo viewed '190 rumah rosak, Ahmad Zahid h' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami maut kemalangan, tak sempat sambut ulang tah' 44 mins ago