Translate

23 November 2016

Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza sanggup menahan sakit kerana kecederaan di kakinya demi meneruskan penggambaran

Siti Terpaksa Tahan Sakit Akibat 'Terpelecuk' Dalam Bilik Air


..
Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza sanggup menahan sakit kerana kecederaan di kakinya demi meneruskan sebuah penggambaran program percutian, baru-baru ini.
Memetik laporan mStar online, kecederaan yang dialami itu akibat beliau terjatuh di bilik air gara-gara kasut tumit tinggi yang dipakainya ketika menjalani penggambaran percutian berjudul CTDKtion di tiga negara iaitu Potugal, Sepanyol dan Dubai
"Saya ‘terpelecuk’ di dalam bilik air ketika itu saya pakai kasut tumit tinggi untuk makan malam di sebuah hotel. Lantai licin membuatkan saya hilang kawalan. Saya tidak ke klinik, hanya sapu ubat yang dibawa sahaja.
"Sakit dan bengkak juga kaki sebelah kiri tapi saya tidak berehat dan teruskan penggambaran, terpaksa jugalah tahan sakit. Nasib baik tidak terseliuh hanya lebam dan bengkak sahaja," katanya.
Program istimewa yang turut menampilkan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa serta ahli keluarga yang lain itu akan bersiaran selama sepuluh episod bermula Januari tahun depan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pengamal perubatan tradisional atau perubatan Isla' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Perth viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 5 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 7 hrs 26 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 7 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 7 hrs 39 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 7 hrs 53 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 8 hrs 37 mins ago