Translate

23 November 2016

Lebam kerana gigitan Labah Labah disangkakan Love Bite di leher Yuna


Lebam Di Leher Kerana Digigit Labah-labah
Malaysian Digest



Kredit foto BH online

Sekeping gambar penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna ketika beliau menghadiri sebuah konsert di ibu negara baru-baru ini hangat diperkatakan kalangan netizen sekaligus mencetuskan isu.



Ini kerana pada gambar tersebut menunjukkan Yuna yang tampil dengan imej santai dan lebih mencuri perhatian, bahagian lehernya yang terdedah menampakkan kesan lebam seperti gigitan malah ada pihak mendakwa kesan tersebut seperti kesan 'love bite'.

Memetik laporan BH online, Yuna menjelaskan kesan itu adalah gigitan labah-labah ketika dia mengadakan persembahan di Alabama, lima minggu lalu.

"Bukan saja di leher tetapi lengan, dahi dan hidung. Itu yang nampak lebam dan kesannya hinggalah sekarang.

"Janganlah sangka yang bukan-bukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS) itu memberitahu, video muzik single terbaharunya, Pulang mula ditayangkan di YouTube, esok. Lagu yang mengisahkan sikap individu yang terlalu mengejar cita-cita sehingga mengabaikan ibu dan nilai persahabatan itu, dinyanyikan bersama rapper terkenal, SonaOne.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '25 terima rawatan awal setakat' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 5 mins ago
A visitor from Alabama viewed '112 mangsa, 49 rumah terjej' 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar minta kerajaan negeri' 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Peniaga maut, 14 cedera dalam nahas jalan raya di ' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Peniaga maut, 14 cedera dalam nahas jalan raya di ' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '112 mangsa, 49 rumah terjej' 11 mins ago