Translate

25 May 2016

Seorang pekerja kedai aksesori kenderaan Bawa Pistol, Peluru Dalam Kereta Safee Sali Didakwa Di Mahkamah



Shalihoddin Azman diiringi polis di mahkamah siang tadi.

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kedai aksesori kenderaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memiliki senjata api dan peluru hidup secara tidak sah pada 15 Mei lepas.

Tertuduh, Shalihoddin Azman, 34, didakwa memiliki revolver Smith & Wesson 4 berserta sarung dan 30 peluru jenis 38 LRN Special Ball, di susur Lebuhraya Utara-Selatan Kempas di sini kira-kira 12 tengah hari.

Shalihoddin didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan di bawah Seksyen 8(1) Akta Senjata 1960. Ia masing-masing memperuntukan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan enam sebatan, serta penjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sewaktu pertuduhan dibacakan dan meminta untuk dibicarakan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia dan servis pistol daripada pihak pendakwaan.

Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Hazza Khalid.

Media sebelum ini melaporkan tertuduh ditahan bersama sepucuk pistol dan peluru ketika memandu kereta jenis Ford Ranger milik pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali.

Safee difahamkan menghantar kenderaannya itu ke kedai tempat tertuduh bekerja bagi diubah suai dan dijadual mengambilnya semula selepas tamat perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan PKNS FC pada 14 Mei lepas.

-Bernama

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Bandung viewed 'Berikutan video samun dalam lif yang viral, polis ' 1 hr 56 mins ago