Translate

29 January 2016

Penyanyi Farah Asyikin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Zaahier Stanley

Farah Asyikin Cerai Talak Satu, Tebus Talak RM100

mStar
Farah Asyikin akhirnya bercerai secara tebus talak dengan suaminya, Zaahier Stanley pada Khamis.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Farah Asyikin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Zaahier Stanley secara tebus talak di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Lafaz berkenaan dibuat oleh hakam lantikan mahkamah iaitu Mohd Fateh Salleh yang mewakili Zaahier, 39, selaku defendan kes berkenaan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Farah selaku plaintif kes berkenaan membayar wang tebus talak kepada Zaahier sebanyak RM100.

Terdahulu, Mohd Fateh yang juga pegawai Sulh ketika membentangkan laporan hakam kepada mahkamah mensabitkan wujudnya 'Shiqaq' atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu dan mencadangkan agar perceraian dibuat secara tebus talak.
Zaahier Stanley.
Jelasnya lagi, selain tidak berkomunikasi dan tinggal berasingan hampir dua tahun, Farah turut didera secara emosi menerusi kata-kata kasar.

Farah diwakili peguam syarie, Siti Maisyarah Hashim.

Perceraian itu dibuat mengikut Seksyen 47 dan 48 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Terdahulu, Farah atau nama sebenarnya Farah Asyikin Zulkifli, 36, memfailkan perceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Oktober 2014.

Farah dan Zaahier yang juga seorang warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ebrahim Owais yang berusia 18 bulan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Gara-Gara Suka Sama Suka Remaja 11 Tahun Hamilkan ' 29 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Apa Nak Jadi? Polis Bimbang Trend Ramai Wanita Car' 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri sehin' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'JPJ sita Lamborghini Aventador dipandu warga China' 45 mins ago