Translate

28 January 2016

Buaya Sambar Kaki Ketika Memancing, Pekerja Ladang Cedera Parah


LAHAD DATU: Seorang lelaki yang merupakan seorang pekerja ladang cedera parah selepas beliau dilaporkan telah diserang oleh seekor buaya ketika sedang memancing.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, warga Indonesia, Sulle Buriah, 37, pekerja ladang kelapa sawit di FELDA Sahabat 39, bersama anak lelakinya berusia lapan tahun dikatakan sedang memancing di sebuah kawasan takungan air berhampiran Loji Jeragan Bistari di kawasan Felda tersebut.

Ketika memancing, tiba-tiba seekor buaya telah menyambar kakinya menyebabkan dia jatuh ke dalam kolam takungan air berkenaan.

Pengurus Ladang FELDA Sahabat 39, Shahalin Barahim berkata, penduduk yang berada di lokasi kejadian terus bergegas menarik keluar mangsa yang ketika itu sedang bergelut dengan buaya berkenaan.

"Mangsa yang patah tangan dan mengalami kecederaan di paha kanan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya dipetik laporan Berita Harian.

Shahalin berkata, kolam takungan air berkenaan memang dihuni buaya, namun tidak pernah berlaku kes reptilia itu menyerang manusia. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 17 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 1 hr 1 min ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 2 hrs 13 mins ago