Translate

28 January 2016

Undang-Undang FAM Paling Bodoh, kata TMJ


Pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menempelak tuntutan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terhadap bekas pemain Harimau Muda C, Muhammad Hafiy Haikal Ismail yang memilih untuk menganggotai JDT II dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Menurut Tunku Ismail, seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya professionalnya sendiri selepas program Harimau Muda dibubarkan.

Tunku Ismail juga menyifatkan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan bekas pemain Harimau Muda untuk kembali ke negeri asal tidak relevan.

"Pada saya undang-undang FAM adalah undang-undang paling bodoh sekali. Pada saya pemain Harimau Muda boleh pergi ke mana-mana pasukan yang mereka mahu, kerana kita tidak boleh memaksa pemain untuk bermain bersama pasukan yang tidak dikehendaki mereka," kata Tunku Ismail sebagaimana lapor Astro Awani.

Sebelum ini, KLFA menegaskan akan menuntut Hafiy dan dua lagi bekas pemain Harimau Muda C, iaitu M. Kogileswaran dan R. Dinesh.

Selain itu, Tunku Ismail juga berkata dia masih lagi belum berpuas hati dengan aksi pra musim JDT dan pertemuan telah pun diadakan dengan pengendali pasukan Mario Gomez. Selain itu Tunku Ismail juga berkata dia tidak menolak kemungkinan akan melakukan rombakan.

"Saya telah berbincang dengan Mario, terdapat beberapa perkara akan kita ubah," katanya. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Quezon city viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Menteri kesal, tuan r' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 8 hrs ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 8 hrs 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 8 hrs 49 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 9 hrs ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 9 hrs 51 mins ago