Translate

31 January 2016

Pelakon Iqram Dinzly menganggap gambar percutiannya bersama Uqasha Senrose yang tidak berhijab adalah ujian yang besar dirinya

"Biar Allah Yang Menghukumnya" - Komen Iqram Berhubung Foto Bersama Uqasha Senrose Yang Tersebar





PETALING JAYA: Pelakon, Iqram Dinzly menganggap gambar percutiannya bersama pelakon, Uqasha Senrose adalah ujian yang besar buat dirinya.

Di dalam gambar tersebut, turut kelihatan Uqasha membuka tudung.

Bagaimanapun, Iqram enggan memberi sebarang komen tentang perkara tersebut dan meminta individu yang mendedahkan gambar-gambar tersebut bertanggungjawab.

"Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama.

"Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain.

"Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Iqram berkata sedemikian ketika mengulas tentang gambarnya bersama Uqasha ketika bercuti di Pulau Koh Lipe, Thailand sebagaimana yang tersebar di akhbar minggun pada Ahad lalu.

Antara gambar yang tersebar memaparkan Uqasha dalam keadaan tidak berhijab dan memakai seksi bersama adik-adik yang lain.
Antara keratan gambar yang tersebar
Iqram juga turut meminta agar perkara itu tidak diperbesarkan.

"Saya juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi orang, apa orang nak katakan.

"Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana prihatin," ujarnya. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 31 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan suami isteri ditahan disyaki dera kanak-k' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri akan dipanggil semula kemuka dokumen ' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pasangan suami isteri ditahan disyaki dera kanak-k' 3 hrs 1 min ago