Translate

30 November 2015

Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta jenis BMW yang dipandu hangus terbakar semasa dalam perjalanan di Lebuhraya Karak

Kereta BMW hangus terbakar, pemandu selamat

29/11/2015 10:14pm



Keadaan kereta BMW yang hangus terbakar di Lebuhraya Karak petang tadi


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta jenis BMW yang dipandu hangus terbakar semasa dalam perjalanan di Kilometer 34.8 Lebuhraya Karak di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa dikatakan sempat menyelamatkan diri apabila menyedari kereta yang dipandu semakin perlahan dan terbakar secara tiba-tiba di bahagian hadapan.
Pemangku Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Mohammad Ismail Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.53 petang dan sampai ke lokasi kejadian 15 minit kemudian.
“Setibanya di tempat kejadian didapati benar telah berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis BMW yang telah hangus 100 peratus.
“Kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja pemadaman api mengambil masa kira-kira lima minit sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Tambah beliau, seramai tujuh anggota terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran tersebut. - K! ONLINE


Anggota bomba mengambil masa 5 minit untuk memadamkan kebakaran


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm#ixzz3su6wck5C 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 44 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 1 min ago