Translate

28 November 2015

Bomba Terpaksa Selamatkan Kanak-Kanak Tersekat di Mesin Urut Kaki

Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Tersekat di Mesin Urut Kaki



SEREMBAN, 22 Nov: Ibu bapa seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun terpaksa meminta bantuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat apabila rambut anak mereka itu secara tidak sengaja terikat pada sebuah mesin mengurut kaki.

Memetik laporan dari NST, mangsa sebelum itu menggunakan mesin tersebut di rumahnya di Kampung Gadong di sini pada jam 11.34 pagi.

Difahamkan juga, gadis berkenaan telah membongkok untuk mengambil sesuatu di atas lantai apabila rambutnya tersekat di mesin tersebut.

Pegawai Kanan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Md Munawir Md Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.49 pagi dan enam anggota tiba di tempat kejadian 16 minit kemudian.

"Ibu mangsa cuba untuk menguraikan rambut anaknya itu sebelum mendapatkan bantuan. Selepas 15 minit, usaha mereka masih lagi tidak berjaya, oleh itu mereka meminta bantuan dari balai.", kata beliau.

Menurut Munawir juga, pihaknya tidak memotong rambut kanak-kanak tersebut dan berjaya menguraikan rambutnya tanpa sebarang kecederaan. - Siakapkeli.my
S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'In sudden change of course, Trump lowers tariffs f' 6 mins ago
A visitor from Klang viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MAJLIS ADVOKASI ROYALTI MUZIK - KPDN | BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'In sudden change of course, Trump lowers tariffs f' 30 mins ago
A visitor from Hyattsville viewed 'Snipers Shoot 11 Police Officers Killing 4 and pla' 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 44 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Pulau Pinang terima penerbangan sulung terus dari ' 44 mins ago
A visitor from Riyadh viewed 'Rape and incest reports surge 22 per cent in Kelan' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 1 hr 20 mins ago