Translate

27 November 2015

Seorang wanita bukan sahaja kerugian lebih RM1,200 malah cedera di tangan dan lutut selepas menjadi mangsa samun dua peragut

Wanita Cedera Di Tangan, Lutut Dan Rugi RM1,200 Selepas Diragut


Melaka: Seorang wanita bukan sahaja kerugian lebih RM1,200 malah cedera di tangan dan lutut selepas menjadi mangsa samun dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal ketika melalui lorong belakang sebuah hotel di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, di sini, kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 20-an dikatakan berjalan seorang diri dan tidak menyedari dia diperhatikan dua lelaki menunggang motosikal Yamaha 125Z.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek yang menunggu peluang itu telah mendekati mangsa sebelum pemboncengnya menarik beg tangan wanita itu dan memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.

“Kerugian yang dialami mangsa membabitkan sejumlah wang tunai, telefon bimbit dan barangan peribadi disimpan di dalam beg yang dilarikan kedua-dua suspek terbabit.

“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh atas jalan dan dia cedera ringan di tangan dan lutut,"katanya. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Macam Negara Koboi Dibuatnya Tengok Apa Berlaku | ' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perkhidmatan tren penumpang laluan Pasir Gudang-Ke' 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 40 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Aplikasi Air Selangor 2.0 ditambah baik, aduan keb' 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sah! Nurul Izzah tawar diri bertanding jawatan Tim' 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KPN peroleh kebenaran mulakan prosiding komital ke' 46 mins ago