Translate

30 November 2015

Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta jenis BMW yang dipandu hangus terbakar semasa dalam perjalanan di Lebuhraya Karak

Kereta BMW hangus terbakar, pemandu selamat

29/11/2015 10:14pm



Keadaan kereta BMW yang hangus terbakar di Lebuhraya Karak petang tadi


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta jenis BMW yang dipandu hangus terbakar semasa dalam perjalanan di Kilometer 34.8 Lebuhraya Karak di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa dikatakan sempat menyelamatkan diri apabila menyedari kereta yang dipandu semakin perlahan dan terbakar secara tiba-tiba di bahagian hadapan.
Pemangku Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Mohammad Ismail Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.53 petang dan sampai ke lokasi kejadian 15 minit kemudian.
“Setibanya di tempat kejadian didapati benar telah berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis BMW yang telah hangus 100 peratus.
“Kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja pemadaman api mengambil masa kira-kira lima minit sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Tambah beliau, seramai tujuh anggota terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran tersebut. - K! ONLINE


Anggota bomba mengambil masa 5 minit untuk memadamkan kebakaran


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm#ixzz3su6wck5C 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED