Translate

01 February 2015

Harga petrol RON95 turun sebanyak 21 sen seliter & RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manakala RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari 2015.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.70 untuk petrol RON95, RM2 bagi RON97 dan RM1.70 bagi diesel.



Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek dalam kenyataan itu berkata, harga itu adalah bagi bulan Februari dan kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan berikutnya.

Pada 1 Disember 2014, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan mengikut sistem apungan terurus, yang menandakan penghapusan semua subsidi bahan api.

Di bawah apungan terurus tersebut, harga runcit akan berdasarkan purata harga bulanan minyak mentah dunia. - Astro awani


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Konsert GenKRU hadiah malam tambahan buat peminat ' 28 mins ago
A visitor from San jose viewed 'February 2015' 41 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'MyCC lancar kaji selidik perkukuh landskap ekonomi' 42 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'BEST FBKL' 42 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '5 universiti terkemuka Korea tawar tempat pengajia' 43 mins ago
A visitor from United states viewed 'Rakyat Malaysia dinasihat agar tangguh perjalanan ' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Singapore viewed '5 universiti terkemuka Korea tawar tempat pengajia' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi Jinping arrives in Moscow, we' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhad' 1 hr 39 mins ago