Translate

27 January 2015

Tindakan seorang wanita yang membantu mengawal trafik setelah lampu tidak berfungsi mendapat pujian dari Adun Dudon

Tindakan Wanita di Sibu Jadi 'Polis Trafik' Sukarela Dapat Pujian


SIBU: Tindakan seorang wanita yang membantu mengawal trafik setelah lampu isyarat yang sepatutnya mengawal lalu lintas tidak berfungsi mendapat pujian dari Adun Dudon, Yap Hoi Liong.

Yap berkata dia kagum dengan tindakan wanita itu secara sukarela tampil untuk membantu mengawal lalu lintas setelah lampu isyarat di jalan itu tidak berfungsi.

"Saya terperangkap di dalam kesesakan yang disebabkan oleh kerosakan lampu isyarat di persimpangan Jalan Tong Sang/Jalan Oya/ Jalan Wong King Huo. Setelah itu saya ternampak seorang wanita turun dari keretanya dan menyarungkan sarung tangan putih. Jam ketika itu menunjukkan pukul 7.52 pagi", kata beliau memetik laporan dari The Borneo Post.

Yap berkata wanita itu menuju ke tengah-tengah persimpangan lampu isyarat dan membantu melancarkan aliran trafik.

"Penunggang motosikal seperti tidak mahu memberi kerjasama. Saya kemudian berdiri dengan dia, dan secara beransur-ansur dia berjaya mendapat kerjasama dari penunggang motosikal juga." - Siakapkeli.com.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Richmond upon thames viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Najib Razak Memberi Penghormatan Terakhir Kepada P' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 5 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 5 hrs 13 mins ago
A visitor from Murcia viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 5 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 5 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 5 hrs 27 mins ago