Translate

30 January 2015

Aktres Hanez Suraya dan tunangnya Romie Razin Adilha memilih tarikh 14 Mac depan sebagai hari pernikahan mereka

Hanez Suraya Percepatkan Tarikh Nikah

..
Aktres Hanez Suraya dan tunangnya Romie Razin Adilha memilih tarikh 14 Mac depan sebagai hari pernikahan mereka.
Majlis akad nikah pasangan ini akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada sebelah pagi, manakala pada sebelah malamnya diadakan majlis berinai di kediaman keluarga beliau di Seremban.
"Asalnya memang keluarga masing-masing memberikan tempoh enam bulan selepas bertunang untuk ke fasa perkahwinan. Tapi tempoh itu umpama syarat ketika rundingan keluarga diadakan.
"Hakikatnya keluarga mahu kami mempercepatkan ia ke bulan Mac.
"Cuma ketika itu masih belum ada tarikh tetap. Konsep majlis kahwin saya nanti serba sederhana dan paling penting jemputan yang datang pulang dengan gembira selain menjamu selera dengan makanan sedap," kata Hanez.
Manakala majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang.
Seterusnya pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac.
Menurut Hanez untuk majlis perkahwinannya nanti tiada tajaan besar daripada mana-mana pihak. Seperti biasa Hanez turut mahu mengabadikan hari bahagiannya dengan sentuhan jurusolek kesayangan seperti Chomel dan Syed Dewa.
 "Yang ada tajaan pun hanya tajaan kecil seperti bahagian inai. Kami juga menggunakan khidmat perancang perkahwinan sendiri untuk setiap majlis yang akan berlangsung. Saya juga akan memakai baju kahwin rekaan antaranya seperti Wanpa dan KuntumbyNajeeb.
"Saat ini memang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Boleh kata sudah hampir 80 peratus sudah boleh lepas tangan kepada perancang perkahwinan. Saya juga akan edarkan kad kahwin tak lama lagi sejurus siap urusan cetakan kad itu," katanya.
Hanez memberitahu ketika beliau sedang sibuk merencana hari bahagia, ada tawaran berlakon yang bertandang.
"Saya kena bincang elok-elok dengan pihak produksi kerana takut bertindan dengan tarikh perkahwinan," katanya.
Pasangan ini bertunang 3 Januari lalu di Seremban.
sumber : Berita Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia bebas daripada penyakit antraks - DVS | B' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 5 hrs 59 mins ago
A visitor from Cyberjaya viewed 'Di mana Jho Low? Hanya 25 in' 6 hrs 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Cabang PKR JB Tuntut Rafizi Mohon Maaf | BES' 6 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelik! Kontrak Azam Baki Disambung Kali Ketiga-Tua' 7 hrs 14 mins ago