Translate

16 November 2024

Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia



Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia

Astro Awani

15/11/2024


Allahyarham Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat dalam usia 78 tahun. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat dalam usia 78 tahun.

Perkara itu disahkan anak lelaki Allahyarham kepada Bernama.

Bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu difahamkan meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara pada petang Jumaat.

Difahamkan jenazah kini berada di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, di sini dan jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail, pada jam 9 pagi Sabtu untuk disembahyangkan.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting termasuk menjadi Duta Malaysia ke Filipina dan Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di Kementerian Belia dan Sukan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED