Translate

26 November 2024

Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini



Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini

Astro Awani

26/11/2024


Rusdi berkata setakat ini polis sudah merekodkan keterangan 13 saksi termasuk jiran mangsa. - Foto fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Menurutnya, tempoh lanjutan reman ke atas lelaki berusia 53 tahun itu juga berakhir pada Selasa.

Katanya polis sudah merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dan bersetuju suspek dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, katanya setakat ini polis sudah merekodkan keterangan 13 saksi termasuk jiran mangsa.

Sebelum ini, polis memaklumkan laporan awal bedah siasat yang dilakukan pasukan patalogi Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati mangsa mati akibat dipukul di dada dengan menggunakan objek tumpul.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED