Translate

07 November 2024

Saham Tesla melonjak selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya



Saham Tesla melonjak selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya

Bernama

07/11/2024


Saham syarikat kenderaan elektrik gergasi, Tesla, mencatatkan peningkatan ketara susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden pada Rabu.


ISTANBUL: Saham syarikat kenderaan elektrik gergasi, Tesla, mencatatkan peningkatan ketara susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Setakat 4.40 petang waktu tempatan (GMT1640), harga saham syarikat itu naik sekitar 13.3 peratus kepada AS$284.7.

Trump dijangka mengenakan tarif tambahan ke atas barangan import, termasuk kenderaan elektrik (EV), terutamanya dari China.

Situasi ini akan mengukuhkan dominasi Tesla dalam pasaran EV di AS.

Elon Musk, pemilik syarikat itu merupakan seorang daripada penyokong terbesar Trump semasa proses pilihan raya. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED