Translate

10 November 2024

Polis tahan 21 pelacur warga asing dalam serbuan di hotel murah di KL



Polis tahan 21 pelacur warga asing dalam serbuan di hotel murah di KL

Bernama

10/11/2024


Warga asing yang ditahan terdiri daripada wanita warga Indonesia, Thailand, Vietnam dan Laos yang berumur lingkungan 24 hingga 35 tahun.


KUALA LUMPUR: Polis menahan 21 wanita warga asing dipercayai pelacur dalam serbuan Op Noda Khas #KLStrikeForce di lima hotel murah sekitar sini malam tadi, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.

Beliau berkata dalam serbuan yang bermula pukul 8 malam di sekitar Sri Petaling, Cheras, Jalan Kuchai Lama dan Danau Kota itu, polis turut menahan lima lelaki tempatan yang dipercayai penjaga premis berkenaan.

Warga asing yang ditahan terdiri daripada wanita warga Indonesia, Thailand, Vietnam dan Laos yang berumur lingkungan 24 hingga 35 tahun, manakala penjaga premis yang ditahan berusia antara 20 hingga 61 tahun.

Rusdi berkata aktiviti pelacuran di hotel berkenaan dikesan telah aktif sejak tiga bulan lepas, dijalankan melalui kaedah 'walk-in' dan tempahan yang dibuat secara dalam talian, dan selepas selepas tempahan, pelanggan akan diberikan lokasi hotel sebelum dibawa oleh penjaga premis yang bertugas ke bilik pelacur.

"Kadar bayaran yang dikenakan adalah berbeza mengikut tempat, antara RM120 hingga RM140 bagi 30 minit dan RM155 hingga RM250 bagi tempoh sejam," katanya dalam kenyataan di hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 372B/373 Kanun Keseksaan, Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED