Translate

24 November 2024

Penerbangan MH79 dilencongkan ke Ho Chin Minh City susulan isu teknikal



Penerbangan MH79 dilencongkan ke Ho Chin Minh City susulan isu teknikal

Bernama

24/11/2024


Penerbangan yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat pada 10.40 pagi waktu tempatan. - Gambar hiasan/REUTERS


PUTRAJAYA: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH79 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur hari ini dilencongkan ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh City susulan isu teknikal semasa penerbangan.

Penerbangan Dialihkan: Penerbangan MH79 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur dilencongkan ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh City kerana isu teknikal.

Keselamatan Penumpang: Penerbangan yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat, dan keselamatan penumpang tidak pernah dikompromi.

Penumpang Dialihkan: Penumpang sedang dialihkan ke penerbangan alternatif atau disediakan penginapan di hotel berdekatan lapangan terbang. Malaysia Airlines memohon maaf atas kesulitan yang dialami.

Malaysia Aviation Group (MAG) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerbangan yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat pada 10.40 pagi waktu tempatan.

"Demi kepentingan keselamatan, juruterbang bertugas membuat keputusan untuk melencongkan penerbangan bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi asal, Kuala Lumpur.

"Pada setiap masa, keselamatan penumpang tidak pernah dikompromi," katanya.

Menurut kenyataan itu, penumpang sedang dialihkan ke penerbangan alternatif untuk memastikan mereka tiba di destinasi masing-masing manakala sebahagian daripadanya disediakan penginapan di hotel berdekatan lapangan terbang.

"Malaysia Airlines kesal atas kesulitan dan gangguan kepada rancangan perjalanan penumpang," menurut kenyataan itu.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED