Translate
06 November 2024
Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna
Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna
Bernama
05/11/2024
Menurut Kementerian Komunikasi, keperluan pelesenan di bawah Akta 588 adalah untuk memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada pengguna platform mereka. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan kerangka pelesenan terhadap penyedia platform media sosial tidak akan menjejaskan pengguna perkhidmatan tersebut, menurut Kementerian Komunikasi.
Kementerian itu memaklumkan ini kerana hanya penyedia perkhidmatan sahaja diwajibkan untuk mendapatkan lesen berkaitan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Pengguna akan terus dapat menikmati pengalaman menggunakan media sosial yang lebih selamat. Kebebasan bersuara adalah hak asasi yang diiktiraf, telah termaktub di bawah Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan, namun ia perlu disertai dengan tanggungjawab.
"Kebebasan tiada sempadan adalah kebebasan yang mengundang malapetaka. Oleh itu, tindakan ini adalah untuk memastikan keseimbangan antara kebebasan bersuara, keselamatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat," menurut jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.
Jawapan itu bagi menjawab soalan Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) yang ingin tahu langkah dan jaminan daripada kementerian dalam memastikan kebebasan bersuara dan menzahirkan pendapat oleh pengguna di media sosial diteruskan tanpa dikongkong kerajaan.
Sebelum ini, keperluan pelesenan terhadap penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan penyedia perkhidmatan media sosial telah diwartakan pada 1 Ogos dan akan berkuat kuasa pada 1 Jan 2025, iaitu penyedia perkhidmatan perlu memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Menurut Kementerian Komunikasi, keperluan pelesenan di bawah Akta 588 adalah untuk memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada pengguna platform mereka.
Kementerian itu memaklumkan ia termasuk menangani secara efektif kandungan mudarat dengan memperkukuhkan sistem dan proses untuk mengurangkan jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, jenayah seksual dan buli siber.
"Di bawah Akta 588, terdapat langkah-langkah perlindungan yang kukuh untuk mengimbangi keperluan kawal selia dan perlindungan kepada hak kebebasan bersuara serta kebebasan maklumat.
"Pelaksanaan kerangka pelesenan di bawah Akta 588 ini adalah bertujuan menangani isu-isu jenayah dalam talian tanpa menyekat inovasi dan pembangunan," menurut jawapan itu.
Menurut Kementerian Komunikasi, kerajaan tidak akan menapis Internet seperti dijelaskan di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia No 7, namun ia tidak bermakna bahawa kandungan yang melanggar undang-undang boleh disebarkan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira peruntukan perundangan.
Sementara itu dalam jawapan berasingan, kementerian memaklumkan MCMC sedang merangka solusi penyediaan perkhidmatan Internet bagi baki tiga peratus di kawasan berpenduduk melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa 2.
Menurut kementerian, perancangan Jendela Fasa 2 itu memerlukan penilaian dan pertimbangan kaedah pemberian perkhidmatan yang sesuai serta keupayaan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat untuk membiayai perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi projek itu.
"Senarai lokasi awal bagi penyediaan perkhidmatan Internet buat masa ini sedang dikenal pasti. Antara penyelesaian pemberian perkhidmatan yang akan dipertimbangkan pada peringkat perancangan ini adalah melibatkan pembinaan menara baharu dan penyediaan jalur lebar menggunakan teknologi satelit.
"MCMC juga sedang meneliti perkembangan teknologi baharu termasuk terus ke peranti yang menggunakan teknologi satelit orbit rendah bumi (LEO) bagi penyediaan perkhidmatan Internet yang boleh memberi manfaat kepada penduduk di luar bandar dan kawasan pedalaman," menurut jawapan itu.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024 Bernama 03/11/2024 Anwar (dua, kiri) melambaikan tangan kepada para penonton ketika hadir pa...
-
The King of Spain was mocked, pelted with mud and eggs by flood victims Agency 04/11/2024 07:15 MYT King Felipe VI (with an umbrella) is pr...
-
Actress Siti Saleha just wants a fuss-free wedding Read more at http://www.star2.com/people/2017/07/27/siti-saleha-marries-lutfi-azha...
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
A VIP police escort who punched a disabled e-hailing driver in the face was fined RM1,000 Police escort fined for assaulting disabled e-hai...
-
TGIF Malaysia tidak terjejas dengan penyusunan semula TGIF Inc Bernama 04/11/2024 Pemegang francais induk dan pemaju TGIF Malaysia mengesah...
-
US$3 billion development for TRX diverted into Najib's account, says judge Bernama 30/10/2024 The High Court today ordered imprisoned ex...
-
US$3 billion development for TRX diverted into Najib's account, says judge Bernama 30/10/2024 19:30 MYT The High Court today ordered im...
Popular Posts - Last 30 days
-
McDonald's E. coli crisis reveals why vegetable contamination is 'harder problem' than beef Reuters 26/10/2024 Fresh produce is ...
-
Tourism Malaysia lancar jualan tengah malam untuk warga Singapura sempena Deepavali di JB Bernama 12/10/2024 Edisi pertama Jualan Tengah Mal...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Budget 2025: Govt allocates RM470 mil to empower women's participation in PMKS Bernama 18/10/2024 The government allocated RM470 million...
-
Seorang maut, 49 lagi jatuh sakit di AS akibat jangkitan E.Coli Astro Awani 23/10/2024 CDC memaklumkan semua individu ditemu bual melaporka...
-
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor Astro Awani 08/10/2024 Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air...
-
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024 Bernama 03/11/2024 Anwar (dua, kiri) melambaikan tangan kepada para penonton ketika hadir pa...
-
RUU tahanan di rumah bukan untuk ‘bebaskan’ Najib, VIP lain - Fahmi Astro Awani 25/10/2024 Menurut Fahmi, RUU itu juga untuk membantu mengu...
-
Amaran ribut petir di lapan negeri, KL dan Putrajaya hari ini Bernama 15/10/2024 Berdasarkan amaran yang dimuat naik di media sosial jabatan...
Blog Archive
-
▼
2024
(3913)
-
▼
Nov 2024
(144)
- Kamala Harris will not address supporters tonight,...
- Home Minister announced that he will explain Putra...
- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS menjelang kep...
- Bangladesh have asked the Malaysian government to ...
- Sporting Shock Man City 4-1, Liverpool Thrash Leve...
- PM Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala den...
- Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji ...
- Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
- Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna
- Ugut, khianat, cederakan kekasih: Penjual burger d...
- JDT Beats Korean League champions Ulsan Hyundai co...
- Prosecution files appeal against Da’i Syed’s 10 ye...
- LIVE US ELECTIONS RESULTS 2024:
- US Elections: Race to win 270 of 538 electoral vot...
- Engine Fire before take off sparks panic on Trigan...
- 4 dipenjara tiga tahun culik budak perempuan 12 tahun
- Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita wa...
- Polis buka kertas siasatan kes aniaya kucing tular
- Pengasuh didakwa cuai hingga sebabkan kecederaan k...
- Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu sk...
- Rumah Malaysia dilancarkan, jadi perhatian di WUF12
- Empat rakan termasuk 2 remaja dipenjara 3 tahun cu...
- CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCC...
- Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 ...
- AG wants donation drive for his retirement gift to...
- Targeted subsidy for RON95 petrol necessary to add...
- RM500 mln to RM1.2 bln assets under management exp...
- Cops nab man who went on abusive rant at Batu 9 toll
- Malaysia complains to Vietnam over South China Sea...
- Three girls, two boys face sexual violence every s...
- Indian Air Force MIG-29 Crashes in Flames Near Agr...
- Ringgit terus mengukuh pada sesi awal susulan kele...
- Dewan Arena Square terbakar, dipercayai libatkan p...
- How To Cook Eggs Benedict | Gordon Ramsay
- SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di k...
- Kerugian pelaburan Khazanah, PNB: SPRM serbu empat...
- Second 5G network: CelcomDigi and Maxis believe th...
- Dua beradik warga India bebas pertuduhan bunuh sua...
- Tular hina Islam: Polis kenal pasti identiti suspek
- Ain Husniza gerak projek pendidikan seksual melalu...
- TGIF Malaysia tidak terjejas dengan penyusunan sem...
- Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rum...
- Rakyat Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine mas...
- Persahabatan Luar biasa Presiden Prabowo dan Jokowi
- Jho Low, Eric Tan berjudi US$13 juta wang 1MDB dal...
- LAJU PDRM BUAT KERJA‼️BARU JER VIRAL, DAH KENA CEKUP
- PM Anwar arrives in Shanghai in conjunction with a...
- 6 individu ditahan di Sungai Golok positif dadah, ...
- Businessman, two Vietnamese nationals charged with...
- American music producer Quincy Jones dies
- Pelakon Diana Danielle memfailkan permohonan perce...
- Marah Dirakam, Pencuri Kabel Baling Botol
- Miliki 6,000 pil kuda, 6 rakyat Malaysia termasuk ...
- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokon...
- Pegawai polis langgar pelajar: Pasukan pembelaan b...
- New cruise terminal will boost Melaka’s economy, s...
- No casualties reported following Pandan Indah land...
- MotoGP- Miller says he was lucky to walk away from...
- RM1000 Fine only for police officer who punched a ...
- Perkembangan permohonan cerai Diana Danielle | 4 N...
- Polis tahan lapan individu berjudi dalam apartmen
- Lelaki mati dibunuh, isteri antara empat ditahan b...
- Polis rakam percakapan lelaki dipukul selepas terb...
- SRG pertahan kejuaraan MPL musim ke-14
- Lelaki ditemui maut dalam kenderaan 4WD disyaki bu...
- Why we may not know the winner of the US president...
- Moto GP Best Race Moments - 184,923 weekend crowd ...
- Manchester United and Chelsea draw as Tottenham co...
- The King of Spain was mocked, pelted with mud and ...
- JAKIM rekod lebih 300,000 aduan kekeluargaan, masa...
- Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-su...
- Harris dahului di Iowa yang dimenangi Trump pada 2...
- JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz...
- AS sekat 6 syarikat Malaysia atas dakwaan kaitan d...
- Cuti Panjang 2025
- Kartel baja: SPRM tahan dua bekas pengurus besar
- Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dari Kelant...
- Only Chinese People Gamble Like This
- Lebih 75 juta rakyat Amerika mengundi awal menjela...
- BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad...
- Moto3: World champion Alonso breaks record in style
- PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
- Ayah Luqman Hakim meninggal dunia
- Pemilihan Bersatu: Abdul Rahim, Mas Ermieyati mena...
- Manchester City & Arsenal Lose as Liverpool Comeba...
- Polis tumpaskan cubaan seludup dadah bernilai RM3....
- U Mobile akan kurangkan pegangan saham majoriti as...
- Hampir 200,000 penduduk Jepun diarah pindah akibat...
- PM Anwar lakukan lawatan kerja empat hari ke China...
- Pengurus syarikat rugi lebih RM500,000 terperdaya ...
- Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki dite...
- Pegawai, anggota Imigresen perlu amal sikap amanah...
- Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
- Sabah tarik kehadiran 2.1 juta pelancong dari Janu...
- Melaka usaha aktifkan semula penerbangan ke Pekan ...
- Penyanyi wanita popular Kelantan ditahan di Golok
- Siasatan pelaburan Khazanah, PNB dalam perniagaan ...
- 'Counter setting: Penguat kuasa Imigresen ditahan ...
- 79 senjata tajam dirampas di rumah Tabib Adam
- Penerjun Ooi Tze Liang kemalangan, cedera kepala
-
▼
Nov 2024
(144)