Translate

13 November 2024

Mengenang Tun Daim: Allahyarham selamat disemadi Lebih 500 termasuk ahli keluarga, kenalan rapat, pemimpin-pemimpin negara serta orang awam hadir memberikan penghormatan terakhir. - Foto Astro AWANI/ Firdaus Azil



Mengenang Tun Daim: Allahyarham selamat disemadi

Astro Awani

13/11/2024


Lebih 500 termasuk ahli keluarga, kenalan rapat, pemimpin-pemimpin negara serta orang awam hadir memberikan penghormatan terakhir. - Foto Astro AWANI/ Firdaus Azil


KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, di sini, sebentar tadi.

Lebih 500 termasuk ahli keluarga, kenalan rapat, pemimpin-pemimpin negara serta orang awam hadir memberikan penghormatan terakhir.

Bacaan talkin diketuai oleh Imam Kanan Masjid Wilayah, Muhamad Afandi.

Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham banyak ilmu perniagaan, galak orang Melayu bersama beliau' - Tun Dr Mahathir

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Wilayah, Jalan Duta di ibu negara pada jam 3.45 petang untuk disembahyangkan.




Solat jenazah itu dipimpin oleh anak saudara Allahyarham dikenali sebagai Amir Imran dan disertai lebih 500 jemaah.

Daim, 86, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8.30 pagi tadi di Hospital Assunta di Petaling Jaya.

Allahyarham berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.

Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia ketika itu.

Dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama lima penggal antara 1982 dan 2004.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED