Translate

10 November 2024

Lelaki miliki 37 rekod jenayah ditahan samun kedai runcit



Lelaki miliki 37 rekod jenayah ditahan samun kedai runcit

Bernama

09/11/2024


Turut dirampas ialah barang kes yang berkaitan serta komponen motosikal yang dicuri dan sejumlah dadah dalam milikan suspek.


BUTTERWORTH: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang mempunyai 37 rekod jenayah lampau selepas disyaki terbabit dalam kes samun melibatkan seorang warga Pakistan di sebuah kedai runcit di Tasek Gelugor, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar kawasan Tasek Gelugor semalam.

"Pihak polis turut berjaya merampas barang kes yang berkaitan serta komponen motosikal yang dicuri dan sejumlah dadah dalam milikan suspek," katanya dalam kenyataan pada Sabtu malam.

Menurutnya semakan mendapati suspek mempunyai 30 rekod lampau berkaitan jenayah serta tujuh rekod kesalahan narkotik selain merupakan orang yang dikehendaki kerana melanggar syarat pengawasan polis di kawasan Langgar, Alor Setar, Kedah.

Katanya suspek kini direman selama enam hari bermula semalam hingga 14 Nov ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379a Kanun Keseksaan dan Seksyen 39a (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selasa lepas, tular sebuah video yang memaparkan kejadian samun di sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang.

Anuar turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhamad Ikram Zulkifli di talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED